Wednesday 21 November 2012

OWHHHH MAKKK

Kisah ini berlaku sewaktu aku di sem 2 ketika tinggal di tingkat 5,seperti hari-hari yang lainnya, waktu 3 pagi adalah terlalu awal untuk aku pergi kealam mimpi... tetapi pagi itu lain sedikit, kerana Rashidah Alias jugamasih berjaga, ah aku sudah lupa sebabnya, mungkin dia ada kerja yang perlu disiapkan... seperti biasa aku membuang masa bersama latop tercinta seorang diri diruang tamu rumah sebelum sida datang menjenggah untuk berbual kosong...... Tiba-tiba kami terdengar satu suara sayup-sayuo saja bunyinya.... aku memaling ke arah sida yang dengan positifnya berkata, mungkin rakan dibilik sedang mengigau.... tetapi bunyi itu semakin lama semakin jelas dan menghampiri.... TIBA-TIBA PINTU RUMAH TERBUKA DENGAN SENDIRINYA.... dengan rasa takut dan nyawa yang masih berbaki, aku memegang tangan sida sambil menjerit sekuat hati, sida juga melakukan perkara yang sama...... ah waktu itu, memang tidak dapat digambarkanrasa takutnya, rasa takut yang sangat real yang pernah aku alami..... beberapa saat kemudian, aku nampak satu lembaga terguling-guling di pintu rumah.... CISSSSSS, itu seha.... dia sedang ketawa sambil berguling-guling..... dan hari itu dia berjaya mengenakan kami.... TAHNIAH SEHA, DAN TERIMA KASIH UNTUK PENGALAMAN BERHARGA TU..... HAHAHHAHA





Wednesday 3 October 2012

PERASAAN SEDIH DATANG MENYERANG, SECARA TIBA2.....
YA ALLAH, KUATKAN HATI HAMBAMU INI...
SESUNGGUHNYA AKU TAHU YA ALLAH, SETIAP KESULITAN YANG ENGKAU DATANGKAN PASTI AKAN HADIR BERSAMA DENGAN KEMUDAHAN...
YA RABB, JADIKANLAH AKU SEORANG YANG KUAT,
KUAT MENGHADAPI HARI-HARI MU,
KUAT MENGHADAPI DUGAAN MU,
KUAT DALAM MEMPERTAHANKAN IMAN KU,
KUAT DALAM MENGAWAL PERASAAN,

DIA RASAKAN SUATU YANG PELIK HADIR DALAM JIWA,
DIIKUTKAN HATI MAHU SAJA DIA TUMPAHKAN AIR MATA,
TAPI, DI TEMPAT AWAM INI, OTAKNYA MASIH WARAS UNTUK MEMIKIRKAN APA YANG AKAN TERJADI JIKA DIa BERBUAT BEGITU....
PASTI SAJA DIA AKAN DIHUJANI PULA DENGAN SOALAN2 BODOH BERTANYA KENAPA, KENAPA DAN KENAPA...
KENAPA PERLU DITANYA, SEDANGKAN MEREKA TAHU MENANGIS ADALAH KERANA SEDIH (KEBIASAANNYA)...

EMAKKKK, YA EMAKKK,
EMAK ORANG YANG PALING TEPAT UNTUK MENGHILANGKAN RASA SEDIH..
BUKAN UNTUK DIKONGSI CERITA, CUKUP SEKADAR BERKONGSI RASA...
DENGAR SUARA EMAK CUKUP BUAT DIA LEGA....

LETIHNYE ~~

fuhhhh,
Diobserve 4 kali dalam masa seminggu memang meletihkan...
Dia sedar yang dia tidak buat something yang menarik pon semasa proses penyeliaan berlaku...
Dia buat ape yang biase die buat di hari-hari sebelumnya...
cumanya, hari diobserve dia nampak agak janggal apabila ade orang asing duduk di belakang kelas sambil memerhati....
DAn ape yang meletihkan jika tidak ade yang menarik pon???
ah, jiwanya letih... sangat letih menahan rasa takut yang tidak henti-henti menerjah masuk ke dalam jiwa...
Tidakkah ade kuasa power yang mampu melawan sang perasaan takut??
YA SEMESTINYA ADA!!
Jangan kau lupa wahai diri,
ALLAH itu maha berkuasa dilangit dan dibumi, yang hidup juga yang mati....
KuasaNYA amat luas meliputi alam semesta, percaya saja tanpa rasa curiga...
InsyaALLAH semua akan baik-baik saja...
lagi pula, samaada kau takut atau tidak, semua akan jadi sama..
KAu tetap perlu melalui takdir yang telah ditetapkan...
so ENJOY OK.... semua akan lebih better ^^

* baru selesai 3, dan kemuncaknya adalah pada hari JUMAAT, 2 hari lagi dari sekarang... moga baik2 saje untuk semuanya ^^ weeeee

Sunday 23 September 2012

Apakah Akhirnya? Gembira atau Berduka?

Hidupnya di bumi Kuantan berbaki lagi sebulan. Dari hari ke hari, setiap detik dia akan menghitung pergerakan masa yang sememangnya tidak akan pernah berhenti. Kalau boleh, mahu saja dia putarkan jarum jam itu agar bergerak dengan lebih laju. Tapi dia bukan super power yang punya kuasa mengawal masa, dan dia sedar yang dia hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa. Ah hidup dialam realiti memang bosan fikirnya.

Jam menunjukkan pukul 12pm. Kerja-kerja yang harus dihantar esok baru saja disiapkan. Ini lah masalahnya jika suka menangguh kerja, akibatnya dia terpaksa menghabiskan sehari suntuk menghadap buku tebal berwarna oren. Dia rasa buku itu seperti menghantuinya, kerana dia tidak pernah tenang jika terfikirkan buku itu. Buku itu menyebabkannya berasa takut, runsing dan bengang. Kalau diikutkan hati, mahu saja dibakarnya buku itu, biar hilang lenyap saja dari muka bumi ini. Namun apakan daya, masa depannya bergantung penuh pada sang buku. Ah, hidup ini memang kejam! Nasib saja kelasnya besok pada tengah hari, jadi dia punya sedikit masa diwaktu pagi untuk study. Malam yang berbaki akan digunakannya untuk menaip di blog ini........

Sebenarnya dia rungsingkan banyak perkara. Apa dan kenapa biarlah rahsia. Dia pemdam rasa itu sendiri, tidak mahu dikongsi. Mungkin dia tidak jumpa insan setia yang boleh dikongsi cerita. Paling tidak, biasanya dia akan bercerita kepada emak tercinta tentang rasa gundah gulana yang datang menyerang. Tapi, dia fikir, emak  tidak perlu tahu semua, cukup sekadar intro apa yang dia rasa. Pada emak, dia harapkan doa yang tulus ikhlas. Banyak kali dia dengar yang doa ibu itu doa yang paling berkesan. Oleh itu tanpa segan silu, boleh dikatakan tiap-tiap hari dia talipon emak, minta doa yang banyak.

Sebulan itu pada zaman kanak-kanaknya adalah masa yang sangat lama, tapi itu dulu. Dan sekarang sebulan adalah masa yang sangat singkat. Sempatkah dia menyiapkan semua tugasan sebelum dia habiskan masa empat bulan yang indah di kampung halaman. Oh Tuhan, tolonglah hambamu ini dalam memudahkan semua perkara. Sesungguhnya Tuhan, tiada kuasa seagong kuasaMU, maka bantulah aku, manusia yang lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan.

Bagaimana agaknya akahirnya nanti bila sebulan sudah tamat tempohnya. Adakah jiwa yang memberontak untuk pulang akan jadi dukacita kerana perasaan sedih menerjah. Ah, perlukah dia berasa sedih.... Mungkin saja jawapannya ya. Kerana apa? Kerana banyak perkara
1. Entah bila lagi dia akan menjejakkan kaki di bumi KUANTAN
2. Owhhh, warga Teknik sangat baik
3. Banyak betul pengalaman pahit manis kat sini
4. Anak-anak didik yang disayangi, entah bila lagi boleh berjumpa lagi
5. Cikgu2 yang best dan sporting. dia suke mereka. walaupun dia tidak dikenali.... ^^












Owhhh sebulan, cepatlah sampai, bawa sama rasa ini pergi jauhhhhh.........



Thursday 6 September 2012

Siapa Heroku Itu?

1 september 2012

Menghabiskan hujung minggu dengan berada di asrama adalah satu langkah yang kurang bijak. Akibatnya mereka dilanda rasa murung yang tidak terkawal. Rasa murung akan menyebabkan si otak menggerakkan tubuh tanpa berfikir dengan wajarnya. Pasti akan ada hati yang terluka......

Tugas sebagai pembantu warden di sekolah yang dia duduki itu tidaklah seteruk mana. Cumanya program 5S nampaknya seperti si raja mahu menggerakkan semua anggotanya. Dia kira, meniru budaya orang itu bukanlah satu langkah yang bijak, malah ia akan menjadi suatu yang menyusahkan dan menekankan. 

Petang itu, mereka turun ke bilik warden untuk menyiapkan huruf-huruf yang masih belum disentuh. Huruf-huruf apa? Oh ya, terlupa mahu cerita. Sebenarnya, mereka bertiga telah diarahkan untuk menyiapkan satu kata-kata menarik setiap seorang untuk dihiasi di bilik Tv aspura. Dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu, dan dia sebenarnya senang kerana dapat membantu. Dia telah memikirkan satu perkataan. Perkataan  yang sebenarnya dijumpai di dalam phone, " IF YOU NEVER TRY, YOU WILL NEVER KNOW". Dia rasakan yang kata-kata itu amat sesuai dengan dirinya.

 Beberapa minit di bilik warden seorang dari mereka bersuara, "lapo lah"
"KFC jom"
"JOM"
Dia tahu yang mereka memang lapar, mana tidaknya sudah seharian mereka tidak makan. Tekak pula asyik mengidam yang tidak-tidak, KFC, PIZZA.. mujur saja tidak di idamnya daging unta, kalau tidak mahu dicari dimana lah agaknya... haha...

Dengan itu, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke KFC mencari makanan. Kemudian dia pergi ke atas untuk mengambil kunci dan helmet. Kawannya F tinggal sahaja di bilik warden kerana mereka tidak mempunyai kenderaan yang cukup untuk pergi bersama. Dia hanya mempunyai sebuah motor yang berjasa menghubungkannya dengan dunia luar. Pada waktu itu, seharusnya dia berasa bersalah kerana meninggalkan sahabatnya F berseorangan.... Jahatnya dia pada waktu itu adalah kerana dia tidak rasakan apa-apa....


Tujuan utamanya ke KFC bukanlah hanya untuk membeli makanan bagi mengalas perut yang lapar. Dia sedar dan pastinya mereka juga sedar yang dia ke sana adalah dengan satu niat yang lain. Niat apa?Pergi ke sana dengan membawa bersama si Konan cukup menjelaskan mengapa dia begitu beriya hendak keluar. Sudah seminggu dia memiliki si konan dan sudah seminggu jugalah si konan berada di rumah tanpa keluar. Jadi peluang ini tidak akan dia sia-siakan untuk membawa si konan berjalan. Dia ingin berkenalan dengan si konan dengan lebih dekat, dan itu agenda utama pergi ke KFC yang terletak di TC (Teluk Cempedak). 

Motor dipandu dengan laju oleh kawannya B. Dalam perjalanan mereka tersedar yang minyak motor sudah nampak hampir dengan huruf E. "sempat ke nie B" dia bersuara. "tak kot, kita isi minyak motor dulu lah" B membalas. Dengan itu, mereka menukar arah ke stesen minyak berhampiran. 

Di stesen minyak, kawannya B ternampak seseorang yang dikenali. Ah dia juga kenal mamat tu, kawan kelasnya di Universiti. Mereka bertegur sapa acuh tak acuh. Tiba-tiba dengan cool kawannya B berkata, "Z ko bawak motor ae"
Dia tahu kenapa kawannya memintanya untuk membawa motor. Dia juga tidak kisah dengan hal tersebut kerana dia juga merasakan sesuatu yang sama. rasa apa? Rasa malu tak terhingga apabila seorang yang lebih kecil membawa seseorang yang lebih besar dengan menunggang motosikal ! Dia tidak kisah jika tiada siapa yang mengenali, tapi kini mereka berada di situasi yang berbeza...

Motor dipandu laju. Ketidakcekapannya memandu memaksa si kawan B terpaksa memberi arahan pada setiap peraturan jalan. Setibanya di TC mereka terus menyimpan helmet di tempat yang sepatutnya. Mereka tahu helmet itu tidak selamat ditinggalkan disitu kerana  pelana tempat duduk motornya sudah tertanggal. Tapi mereka nekad untuk membiarkannya sahaja disitu. Tanpa sedar, sebenarnya mereka telah terlupa sesuatu...Mereka berjalan menuju ke pantai. Sebelum itu, mereka telah membuat perkiraan untuk pergi kepantai dahulu sebelum pergi ke KFC. Si konan digendong bangga. kebanyakan langkah yang dibuat akan terhenti untuk dicubanya si Konan. 

Duduk di tepi pantai amat mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut sehingga ada kalanya ia merosakkan struktur tudung yang tajam dibentuk. Gelagat manusia yang mencari sebuah ketenangan menceriakan lagi suasana. Mereka bermain dengan si konan seperti seorang pro lagaknya. Setelah lebih kurang satu jam berlalu, mereka mengambil keputusan untuk pulang. Tidak dapat dinafikan, mereka sebenarnya kasihan juga meninggalkan Kawannya F bersendirian disana. Kadang kala timbul juga persoalan, "Jahatkah Kita" dan pastinya jawapannya adalah "YA! KORANG TAK PATUT BUAT MACAM TU" 

Kini mereka bergerak menuju ke KFC. Ah jalan mana yang harus diikut, mereka kurang arif dengan jalan disitu. Dalam perjalanan kawannya B bertanya, "Z Kunci pada kau kan"
sambil meraba-raba dia berkata " Tak de B, pada kau kan" B mula gelisah, "jangan main-main lah pada kau kan" " siyes nie tak de" dia membalas.. Mereka kini berada di situasi dimana masing-masing menganggap masing-masing sedang bergurau, dan sesungguhnya masing-masing sedang bercakap benar. Dalam situasi itu, mereka saling menyalahkan.

Dengan rasa resah gelisah mereka menuju ke arah motor. Di benaknya kini mula memikirkan sesuatu yang menakutkan. Bagaimana jika motor itu tiada? Jalan kakikah Kita nanti? ah itu tidak mengapa, tapi bagaimana hendak berhadapan dengan emak, abah dan abangnya? owhhh tuhannn tolonglah aku....
sepanjang perjalanan tidak henti-henti dia memohon kepada tuhan... 

Hatinya agak lega tatkala dari jauh dia dapat melihat motornya masih berdiri kaku disitu. Dengan segera mereka mendapatkannya. dia terus pergi ke belakang motor untuk mendapatkan kunci. Ah sudah! tak ada, mana perginya, dia melihat kedepan, alamak! tidak ada juga... dia meraba-raba poket, juga tidak ada... "B mana kunci nie tak ada pon" Difikirannya sekarang memikirkan banyak perkara. 

1. Orang jahat sengaja mengambil kunci dan akan mencuri motornya pada sebelah malam.
2. Akan datang seorang pemuda kacak memulangkan kuncinya sambil berkata " tadi saya nampak kunci nie kat motor, tu yang saya simpankan.
3. Bagaimana dia hendak menelefon abangnya untuk membantu menggerakkan motor itu tanpa kunci sebelum dimarah. 

Jiwanya kini tidak tenang. mulut tidak henti-henti menyebut nama Allah. Dia sedar pada waktu itu, tiada kuasa yang dapat membantunya melainkan kuasa Yang Maha Mencipta. Dia mengambil keputusan untuk pergi semula ke pantai untuk mencari semula kuncinya takut-takut jika tercicir dimana-mana. Bergerak sedikit kedepan, dan entah bagaimana si tangan bertindak untuk membelek helmet kawannya B. Eh apa tu. Ya KUNCIIIII!!! ALHAMDULILLAH.... ALLAH SEMEMANGNYA MAHA BERKUASA....

Mereka sedar yang kunci itu tidak mungkin menyorokkan dirinya sendiri disitu. Agaknya siapakah hero yang telah menyimpankan kuncinya disitu. Jika dia berjumpa heronya itu, akan diucapkan terima kasih yang tidak terhingga. 

Mereka bergerak ke KFC. Kali ini mereka tidak banyak bercakap. Peristiwa tadi sebolehnya cuba dilupakan. Dia merasakan suatu perkara. Mungkin kejadian ini adalah balasan kepadanya. Balasan kerana meninggalkan sahabatnya F bersendirian disana. Dia tidak patut buat begitu. Bayangkan saja jika dia berada di tempat F, pasti dia tidak akan sanggup. Ya Tuhan, Maafkan Hambamu ini yang sering saja lalai dan leka.

kepada F, Jika anda membaca...

MAAFKAN KAMI JIKA KADANGKALA KAMI BERTINDAK TANPA BERFIKIR,
MAAFKAN KAMI JIKA KADANGKALA KAMI MEMBUAT KAU TERLUKA,
HARAP AWAK TAHU F YANG KAMI TIDAKLAH SEMPURNA,
TAPI AKAN KAMI BELAJAR UNTUK MENGENALI DIRIMU DENGAN LEBIH DEKAT LAGI.... 
DI LAIN HARI, SAYA AKAN BAWAK AWAK JALAN-JALAN YER ^^... 
TERIMA KASIH SEBAB JADI KAWAN YANG BAIK DISINI,
KAMI TAK AKAN LUPAKAN AWAK F....
AWAK DAH TERMASUK DALAM BUKU SEJARAH HIDUP KAMI... KAMI SAYANGKAN AWAK ~~


*Antara gambar yang kami sempat ambil di Tc dengan menggunakan si konan. ^^





Friday 31 August 2012

MOTO?

'Moto? motor adalah.'... Dia mengeluh.
Antara perkara yang dia tidak suka adalah untuk membuat biodata diri, kenapa?
dia juga tidak tahu akan sebabnya, mungkin sebab dia sendiri belum cukup untuk mengenali siapa sebenarnya dia atau bagaimana orangnya. Kalau biodata itu hanya memerlukan nama alamat atau sesuatu yang sudah nyata, itu tidak mengapa. Tapi bila ditanya tentang moto, hobi dan cita-cita, itu dia tidak suka....
Dia tahu dia seorang yang sukar untuk berpegang dengan pendiriannya. Jika ditanya akan cita-citanya, dia lebih suka untuk meniru cita-cita kawan sedangkan dia ada sesuatu yang diminatinya sendiri. Tapi baginya, apa yang kawan sebutkan itu adalah jawapan yang terbaik. Dia sedar, yang dia selalu merendahkan dirinya sendiri dan terlalu memandang orang lain lebih tinggi daripadanya, sedangkan bukankah manusia itu diciptakan sama?

POSITIF !

Itu yang perlu ada pada dirinya. Dia perlu menjadi manusia yang lebih positif, positif terhadap orang lain dan positif terhadap keadaan dan persekitaran. Bagaimana dia hendak maju jika dia sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa tidak percaya kepada dirinya sendiri. Hati pernah memberitahu dirinya yang "tidak ada siapa yang akan percaya diri kau jika kau tidak percaya kepada diri kau sendiri !

Dia tahu yang dia perlu positif dalam semua perkara. Tapi bila situasi realiti menjelma, akalnya bagai tidak berguna. Waktu itu, syaitan bagai berbisik agar dia terus negatif dan percaya bahawa dia tidak akan mampu melakukannya. Semangat positif yang ditanamnya terus tenggelam begitu sahaja. Ah!! kenapa waktu-waktu sebegitu dia tidak mampu berfikiran positif. Tidakkah dia tahu yang jika dia mencuba, semua akan jadi berbeza. Kenapa dia perlu takut dengan semua perkara. Nampak bodoh di depan orang lain itu tidak mengapa. Dari situ kita mampu mengubah diri menjadi lebih baik dan berguna. Buang perasaan takut dan malu yang ada dalam diri kau itu. Kenapa kau perlu malu pada sesama manusia, sedangkan mereka juga melakukan perkara yang sama.

Mulai hari ini, dia perlu menetapkan suatu pendirian.
Selepas ini dia tidak perlu risau untuk menulis biodata diri malah terasa bangga untuk menulisnya.

CITA-CITA : GURU
MATLAMAT HIDUP : TERUS BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK
MOTO : MESTI BERANI MENCUBA

* Dia tidak tahu setakat mana dia akan tetap dengan pendiriannya, kerana dia tahu dia hanya manusia yang sama, yang hanya mampu berubah dalam beberapa jam sahaja. Tapi dia masih boleh berbangga kerana dia tahu dan sedar yang dia PERLU BERUBAH

Tuesday 28 August 2012

Andai Waktu Bisa Diundur...


 Dia duduk termenung. Jiwanya kosong.Di bilik, masih banyak kerja-kerja tertangguh yang perlu disiapkan, dan dia juga tahu sesuatu yang tidak baik akan berlaku jika dia tetap membiarkan kerja-kerja itu begitu. Entah kenapa, sifat malasnya mengatasi segala. Bukan dia tidak mahu buat kerja tersebut, tapi tindakan psikomotor tidak selari dengan apa yang dia fikirkan dan kehendakkan.

MALAS!

Ya, perkataan ini sangat sesuai mungkin untuk dirinya. Semakin difikir, jiwanya semakin runsing. Dan pada waktu-waktu begini, dia mula teringat akan Yang Maha Mencipta. Sesungguhnya hanya kepadaNYA sahajalah tempat mengadu yang paling baik. Dalam diam, dia mula berselawat dan berzikir. Dia tahu bahawa Allah itu MAHA MENDENGAR lagi MAHA PENYAYANG. Allah tidak akan membiarkannya keseorangan. Allah akan sentiasa ada untuknya dikala senang dan susah dan akan sentiasa merancang sesuatu yang baik kepada hambanya, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambanya, bahkan, hambanya sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri. Kini dia berasa tenang sedikit. Pada waktu yang sama, fikiran positif mula berbisik, "mungkin itu caranya untuk dia ingat kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa ini, iaitu dengan rasa runsing dijiwa disebabkan kemalasannya". Dia tersenyum, dan dia juga tahu yang itu hanyalah helah si akal untuk menafikan yang Dia memang seorang yang pemalas.

Kini jiwanya berada di kampung. Wajah orang tuanya dengan adik beradiknya yang lain berselang-seli berlegar-legar di minda. Andai saja waktu itu bisa diundur, ingin saja dia kembalikan waktu untuk berada pada minggu lepas. Waktu itu dia pulang ke kampung dengan perasaan yang sangat gembira. Ternyata berada di bumi orang betul-betul menyebabkannya rindu dengan keluarganya di kampung. Cuti raya seminggu baginya adalah tidak cukup. Di kampung jiwanya sungguh tenang. Dia mahukan yang waktu itu kembali dan terus disitu sehingga  dia sendiri yang membenarkan waktu itu untuk pergi. Dia sedar yang itu tidak mungkin terjadi.

Andai saja waktu itu bisa diundur..... dia mahu kembali semula ke zaman sekolah. Dia tahu yang zaman persekolahan adalah zaman yang meletihkan dengan banyaknya kerja rumah dan aktiviti sekolah. Belajar memang penat tapi kini dia tahu yang mengajar itu lebih memenatkan.

Dia mula menghitung hari.... waktunya di sini hanya berbaki 2 bulan sahaja lagi. Dia sedar yang waktu kini bergerak dengan sangat pantas, tapi  dia tidak berjaya memujuk hati yang berdegil mengatakan bahawa 2 bulan itu adalah sangat lama.  Di hujung meja dia ternampak sebatang pensil terletak kemas di dalam kotak. Dia mengambil pensel itu dan mencapai sehelai kertas. Kemudian tangannya ligat bergerak menulis sesuatu diatas kertas.....


-KEPADA HATI-

JANGAN KAU BERSEDIH DUHAI HATI,
MASA YANG BERGERAK INI AKAN BERLALU PERGI,
DIA AKAN MEMBAWA SAMA PERKARA YANG KAU RUNSINGKAN ITU,

KAU PERLU KUAT DUHAI HATI,
TIDAK ADA APA YANG PERLU ENGKAU TAKUTKAN,
TIDAK ADA APA YANG ENGKAU PERLU RISAUKAN,
BUKANKAH ALLAH ITU SENTIASA ADA BERSAMA,
PUJUKLAH DIRIMU UNTUK MENJADI LEBIH RAJIN,
PUJUKLAH IMANMU UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG BAIK,
ENGKAU PASTI BOLEH DUHAI HATI.

Dia meletakkan pensil, kemudian kertas itu dilipat kecil. Dia menarik nafas panjang. Dia masukkan lipatan kertas itu di dalam beg duitnya. Hatinya terdetik "MUNGKIN AKU PERLU BERUBAH !