Wednesday 24 September 2014

untuk Anik Zarif dimasa hadapan

Aniq Zarif
.
.
ada yg kau perlu tahu tentang manusia,
kadang senyumnya tampak gigi, tapi hatinya penuh dengki,
kadang muncungnya bersegi-segi, tapi ikhlasnya harus dipuji
.
.
Adik,
.
.
takdir manusia itu tidak sama, maka jika kelak takdir kau sempurna, jangan pula kau membanding beza, kenapa mereka tidak begini atau begitu, mereka tidak patut buat ini atau itu..
.
.
sayangku,
.
.
andai tanganmu tidak mampu membantu, jangan kau mengata membenci mengadu.. berdoalah kepada yg maha berkuasa, agar kau, dia, kita, mereka, mampu menggenggam bahagia, mencapai sempurna... moga tuhan dengar doamu dik, amin ^^

Friday 8 August 2014

HEPI BEST DAY SYAHIRA

dear my beautiful friends sahi....

ALLAH telah hadirkan awak dlm hidup saya sebagai teman kemana-mana.. saya tak mampu buat apa2 tanpa awak n bus bersama... maka, terima kasih untuk semuanya sahabat, terima kasih sebab jadi kawan yg tak banyak bercakap, dan dengan itu cuma saya yg bercerita... terima kasih sudi dengar dan jadi a good listener... terima kasih untuk kasih sayang awak selama ni sahi...

selamat hari lahir syahira... moga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati setiap langkah yg awak buat... moga ALLAH hadirkan awak dengan jodoh yg baik2, supaya dia boleh jaga awak, dan buat awak gembira selalu ^^ i love you kawan, dr lubuk hati yg paling dalam... eh

Friday 1 August 2014

HUJAN

Beberapa kali aku terjaga disebabkan panas yg luar biasa mlm ni... ternyata kipas yg dari td menjalankn kerjanya dengan kelajuan maksimum tidak mampu menbantu aku... tekak terasa kering...dahaga ... tiba2 otak berputar memainkan kisah2 seram, menyebabkn tubuh tak mampu kemana... haus.. di sudut katil, aku terdengar batuk emak di biliknya... aku doa, moga2 emak pergi kedapur minum air... 5 minit pertama emak masih disitu... 5 minit kemudiannya aku terdengar pintu bilik air disuak, tanda ada org memasukinya.. aku tunggu lagi... selepas pintu bilik air td dibuka kembali, cepat2 aku keluar dari bilik... nasib saja tekaan ku tepat, yg emaklah di bilik air, dan akan singgah didapur untuk minum air... lega.. aku buka peti ais, and ambil sebotol air sejuk then minum dua gelas.. mak persoalkan, apa yg aku makan sampai panas begitu? aku tak makan apa2... kemudian aku masuk kebilik semula dengan air sejuk yg berbaki...  seminit selepas aku baring, aku terdengar renyai2 hujan jatuh dibumbung rumah, dan sekarang aku tahu sebab aku panas begini... hujan mahu turun... aku capai handphone dan tulis cerita ni... hujan makin lebat nampaknya... alhamdulillah... time to lelapkan mata semula... selamat malam dunia... sampai ketemu esok ya ^^ 



S   
E
L
A
M
A
T  


H
A
R



L
A
H
I
R


Z
U
R
H
I
D
A
Y
A
H


T
U
K
I
M
I



Sunday 20 October 2013

Tangkap Menangkap..

Fuhhh lama benar rasanya tak menangkap gambar-gambar menarik dengan ENn Konan kesayangan...

Entahkan sehat, entahkan sakit En Konan saya tu....

Kalau pun guna, cuma beberapa keping dan gambar yg dihasilkan tidak pula menarik..

masa awal2 dulu bersama En Konan, hampir semua benda aku nak tangkap,

terasa macam pro aje ^^ hahahahah

tapi malam ni, terasa pula hendak Tangkap Menangkap lagi,

sebabnya, aku tadi belek2 gambar lama,

banyak yang aku suka...

eh berbakat juga aku nie (feeling2 poyo cikit)

nantilah, kalau ade masa, aku Menangkap lagi...

nie kat bawah ni, hasil tangkapan aku dulu ^^

walaupun gamba nie, tak ada jiwa pada siapa yg melihatnya,

tapi bukan pada aku, .... hik hik