Friday 29 March 2013

Aku tak buat lagi dah

Orang kata aku da berubah (konon) ... semue sbb aku tuka jenis tudung...

Aku rasa mereka salah.. sbb aku still aku yg dulu... same x de yg beza...  haha

Pasal tudung tu.... cuma aku yg brbadan besar nie ada mslah sikit nk pakai tdg zaman skrg yg saiznya untuk manusia normal... buat aku tak selesa.... itu pasal aku beli tudg hok besa sikit....

Tapi suatu petang yg tenang... kami mrncg nk pegi ke kampus, petang tanpa kelas buat aku malas... jadi aku capai aje mane yg tercapai tanpa perlu mengiron...

Aku pakai seluar merah... adik aku bagi dan betapa aku suke sgt sbnrnye dgn seluar tu.... tp imej baru nie x mengizinkan aku pakai seluar tu.. tapi hari nieee...

Hari nie aku beranikn diri... dah bbrp kali aku cuba pakai seluar tu sblm nie... tp aku x sggp dan tukar kembali... bukan ape, seluar tu agk ketat juga... so untuk padankn seluar tu, aku pakai baju hitam tidak labuh dengan tudung biasa warna hijau... rasa bersalah juga, tp malas dan masa lbh berkuasa tika itu....

Harapanku agar tidak berjumpa org yg dikenli... tp ade juga aku trserempak dgn org yg dikenali... yg mane smpat, aku elakkk... betapa sebenarnye aku sedar yg aku  lebih patut malu dan takotkan Tuhan... tp aku sngka Tuhan paham aku...

Hari berjalan lancar... kami tidak perlu mnggu bas kerana bas sgt mudah hari ini..

Tapi

Dlm perjalann balik ujan turun lebat.... sangt lebatt

Aku masih belum perasan....

Sampai di kwsn kolej, baru aku tersedar yg aku x ttp tgkap semasa keluar... itu pon stlh kawan menegur....

Hujan still lebat... and bila sampai umah

Bilik dah BANJIR !!!!!

Aku redhaaa... tp serasa aku itu semua ingatan Tuhan
Itu cara Tuhan menegur barangkali... aku patut tahu yg salah tetap salah walau dlm keadaan mana sekalipon..

Jangan nk mrngade pakai suar or baju or tudung ketat n pendek lagi...

Tak tak aku tak buat lagi dah...

Aku yg berdosa

Ampunkn aku tuhan..

Monday 25 March 2013

Kamal Adli

Yeayyy, malam tadi kami jumpa Kamal Adli,

Yupp Kamal Adli dan bukn Adm Adli, bukan saye aje, tp semue org pon selalu terbabas bile nk sebut nama Kmal Adli nie....

Macam mane bole jumpe?

Sebabnya kmi pergi tgk  teater dekat UPSI

Kih2 waa tak pe tak rugi pon tak tengok

Tak best mane pon aihhh

Cumanya

Cuma kami nak jumpe pelakon tu aje

Kamal Adli kot

Antara pelakon ensem yg aku suke... acecece

Tapi nampak dr jauh lah

Nak gamba... ermmmmm Harammm !!!!

Diorg x buat sesi bergambar

Kalo tak

Dalam rasa malu yg tebal, aku sanggup juga bersesak2 cuba nasib

Ala bukan apa

Cuma nak menggedik2 la... bangga kotttt
Haahhahhaha

Ok la ok la

Tak payah nk gedik sangat

Tapi BTW kan

Aku ade jerit

"I love u jalaludin assan !!"
I love u Kamal Adli!!!"

Diorang bole wat bodo je

Agak ciss juga la

Haahahahha

Dah

Biarkn la mereka

Puiiiii

Sebenarnye

Aku tak tengok sangat pon la cite nie

Sebab apa

Sebb aku dok sebok menangkap gambo la kononnye

Gune kamera berat yg bukn dslr tu lah, mane lagi... abang konan saye tu rrrr

Sebab nak gamba yg cantik kononnye

Aku ambik la banyak2, sebab nnti bole pilih la kan

Akibatnye... tangan aku jadi tafff.... sakitttt.... puuiii

Dah la tu

Dari 10 gamba yg aku snapp, satu belom tentu jadi....

Aihhhhhh... puiiii lagi sekali

Hahahahahhahahah

Friday 15 March 2013

Bayu

Bayu memecut motornya laju. Dia tidak pasti kemana arah yang ingin dituju. Hatinya hancur. Kenapa susah benar abah dan mak nak faham jiwa mudanya. Dia bukan anak kecil lagi yang perlu dikongkong sepenuh masa. Dia mahu pergi ke KL bukanlah untuk berfoya-foya. Di ingin mencari pekerjaan untuk menampung kehendak remajanya yang banyak.  Dia mahu beli telefon baru, baju baru, kasut baru, dan banyak lagi. kalau dia bekerja nanti, tidak perlu dia memujuk rayu emak lagi untuk belikan apa yang dia mahu. Kebetulan abang Razif ada menawarkan mereka kerja disana. Lagi pun bukan die pergi seorang, Hamdan dan Fauzi juga ikut bersama. Jadi apalah yang membuatlan mak dan abah tidak izinkan dia pergi. Sedangkan Hamdan dan Fauzi senang2 saja mendapatkan keizinan daripada ayah ibunya.

"Abah dengan mak memang tak peernah faham aku, sekurangnya cubalah faham, diorang memang tak sayangkan aku!"

Dalam situasi begini sukar bagi bayu untuk mengawal perasaannya. Waktu ini syaitan telah menguasai jiwa. Fikiran warasnya dibung begitu sahaja. Betapa syaitan sedang bersorak ketika itu kerna berjaya menguasai dirinya tanpa bayu sedari.

Bayu memulas motornya laju. Semkin difikir, semakin sakit hatinya.

"Kalau aku mati, mesti mak dengan abah suka"

GEDEGANGGGGGG!!!!!!!!!!

Bayu tidak pasti apa yang berlaku. Sekejap pandangannya gelap. Dia tidak dapat mendengar apa2. Dia sukar untuk bernafas. Dalam beberapa minit kemudian, bayu membuka mata, dia terbaring di semak jauh dari motornya. Dia dapat rasakan kesakitan yang tidak seberapa di kaki dan kepalanya. Mujur saja dalam kemarahannya tadi dia masih sempat mencapai helmet. Dia cuba bangun. Agak sukar baginya untuk bergerak. Namun Bayu bukan anak yang cepat mengalah. Dia gagahkan juga dirinya. Dengan kudrat yang masih berbaki dia berjaya bangkit. Di kejauhan, dia dapat melihat orang ramai mula mengerumuni motornya. Ternyata dia telah berlanggar dengan lori pasir. Melihat keadaan motornya dari jauh, agak teruk juga keadaannya.

"Sudahlah, mana pulak aku nak cari duit nak baiki motor nie. " bisiknya.

Tiba2, seorang pemuda menghampirinya.

"saya tak apa2 bang, saya ok" bayu cuba untuk menegur.

pemuda tadi menoleh kebelakang. mukanya jeles menampakkan kebimbangan. Dengan suara yang agak menjerit pemuda tadi memanggil orang lain

" kat sini, kat sini, aku jumpa budak nie kat sini".

orang ramai menuju ke arah mereka. Bayu tidak tahu hendak buat apa, dia hanya tersenyum2 kearah mereka.

Apa yang pelik, mereka langsung tidak mempedulikan Bayu. mereka terus menuju kehadapan melintasi Bayu. Bayu kehairanan seraya menoleh kebelakang. dari situ, dengan jelas dia nampak seseorang sedang terbaring kaku tertiarap tidak bergerak. Tubuhnya dilumuri darah pekat. Tidak semena-mena, bau hanyir menusuk hidung. orang ramai cuba untuk menterbalikkan orang itu. Dengan bantuan 3 orang pemuda gagah, pemuda yang tertiarap itu berjaya diterbalikkan. Maka dengan jelas Bayu dapat melihat wajah orang itu, Bayu sangat2 mengenali wajah itu. Bayu terkejut. Dia menjerit namun suaranya tidak keluar. Dia mahu berlari tapi tidak tahu hendak kemana. Dengan langkah yang berat dan dengan keberanian yang dikumpul, Bayu menghampiri pemuda yang terbaring itu. Walaupun tubuhnya dilumuri darah, tapi Bayu masih dapat mengecam wajah itu.....

Wajah yang mustahil dia tidak kenal kerana wajah itu adalahWAJAHNYA... pemuda yang terbaring itu adalah DIRINYA.....

bersambungggg..........................




Thursday 14 March 2013

Sambungan

Tak tergambar  rasa takutnya Adam tika itu. Dia tidak tahu dosa apakah yang dia telah lakukan hari ini. Dia memejamkan mata rapat2 pandangannya jadi benar gelap. Dalam kekalutan itu Adam berusaha mengingat surah2 yang pernah dihafal dahulu. Namun tidak ada satu pun yang lekat di kepala. Dia cuba mengingat hafalan ayat Kursinya... dibacanya kuatt... namun bacaannya berterabur... Adam benar buntu.

Adam memeluk lutut. Dia kaku tidak bergerak. Bas masih laju menuju kehadapan yang entah kemana tujuannya. Kali ini Adam merasakan angin lembut bertiup ke telinganya. Sayup2 suara halus memanggilnya "Aaaaddddammmmm" suara tersebut sangat lembut dan mendayu-dayu.. "owhh tuhan, ampunkan aku tuhan, akan aku taat kepadamu selepas ini, akan aku rajin untuk mengaji" dalam esakan Adam merayu.

Kali ini Adam merasakan ada sesuatu menyentuh bahunya. Selari dengan itu, suara garau memanggilnya... "adam adam adam"..  semakin kuat juga esakkan Adam. Dia menangis semahunya. Tidak ada apa yang perlu dimalukan tika itu... "tolong, aku mohon tolong jangan kacau aku"

"Woiii Adam bangunnnn!!!"
Adam membuka mata. Kali ini, serasanya dia kenal suara itu. Dia melihat sekeliling. Kli ini dengan jelas, dengn jelas dia dapat mengecam muka2 yg berada disekelilingnya. "Kau mimpi pa dam... beriya kau nangiss, hahahahaaaah" Faizz bertanya diikuti dengan deraian ketawa satu kelas

Adam merasakn pertanyaan Faizz itu satu penghinaan besar padanya. Dia lihat ke hadapan. Nampaknya Encik Amirul sudah pulang. Dengan tenaga yang ada Adam memegang penumbuknya dan dilemparkan kepada Faizz.. Bedebukkkkk!!!!!!!
"Woiii sakit lahh...  agak la ko, ape salah aku? Tadi ko srh aku kejot kan, ni aku kejotkan penumbuk ko kasi aku.. siott lah ko dammm !!!!"

Adam puas, marahnya pada Faizz di dalam mimpi tadi berbalas. Adam mengangkat beg, dan berlalu pergi. Semasa menuju ke arah pintu, sempat dia tersenyum dan mengangkat tangan kepada busra dan syahira.....

*eh, ape kene mengena yg last nie??? Hahahhahahahaaaa

Cerita tipu

Ini cerita tipu
Cerita yg lahir dari imaginasiku...********************************************
Adam mengeluh berat. Marah benar dia pada Faizz. Bukan dia tidak ingatkan, sudah berkali-kali dia beritahu Faizz agar kejutkannya jika kelas tamat.
"Faizz sengaja nak dajalkan aku, kau tunggu la Faizz, aku balas kau nanti". Marah benar Adam kepada Faizz. Adam melangkah laju sedikit berlari. Dia mahu cepat sampai ke tempat menuggu bas. Harapannya agar ada orang disitu. Tidak kira siapa, pasti dia akan bersyukur.

Malam gelap tidak berlampu ini, takut juga Adam dibuatnya. Tidak pernah dia berjalan selewat ini berseorangan. Otaknya tidak berhenti-henti menyalahkan Faizz. Semasa di kelas tadi Adam terasa agak mrngantuk. Sehari ini jadual kuliahnya penuh sampai ke malam. Dia betul tidak larat malam ini. Adam bercadang hendak tidur saja dikelas undang-undang malam ini. Sudah dipesan kepada Faizz agar mengejutkannya apabila kelas tamat jika dia tidak sedarkan diri. Tapi apabila Adam celikkan mata tadi, kelas sudah gelap gelita. Tidak ada seorang manusia pun disitu. Adam meraba-raba poket seluarnya mencari talifon bimbit. Sekurangnya cahaya dari talifon itu dapat membantunya memandu arah. Namun, badi apa yang terkena pada Adam malam ini. Talifon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Ikotkan hati, mahu saja dilontarkannya talifon itu. Tapi otaknyavmasih lagi waras. Dengn susah payah akhirnya Adam jumpa pintu keluar.

Sesampai di tempat menunggu bas, alangkah gembiranya rasa hati Adam kerana terdapat bas disitu. Ternyata tuhan masih sayangkannya. Sempat dia mengerling ke arah jam tangannya. Tepat jam satu pagi. Fikirnya pasti mereka ada program di kampus, kerna itu mereka pulang lewat.

Adam memandang papan penanda bas. Tertera tulisan KZ-PINTU TIMUR. Adam berkali-kali mengucapkan syukur pada tuhan. Adam mula memanjat tangga-tangga bas. Dilihatnya pak cik bas yang berbaju hitam bertopi hanya menundukkan kepala. "Pak cik,  bas nie ke kz kan. Pakm cik bas hanya mendiamkan diri. Adam biarkan saja pak cik itu. Pasti dia sudah letih fikirnya. Dia lihat di dalam bas terdapat beberapa orang lagi. Mereka semua berbaju putih. Pelik .

Bas bergerak laju. Adam memandang keluar. Gelap. Adam tidak nampak dengan jelas keadaan diluar. Entah kenapa, lampu jalan tidak hidup hari ini. Mungkin semua orang seronok kenakn ku malm ini. Setan, bentaknya. Berbekal cahaya bulan, Adam benar pasti yang dia tidak kenal jln diluar. Adam mula risau. Di kiri dan kanannya cuma pokok. Semacam dia berada di hutan tebal. Dia mula rasa takut. Dikerlingnya penumpang yang berada di belakang. Alangkah terkejutnya Adam kerana mereka  semua memandang ke arah yang sama iaitu kearahnya........

Bersambungggg

Malasnyeeeee

Masa pertama kali tgk jadual waktu dulu, punye la aku berbangga dgn susunan waktu yg aku dapat.... riak takabur semue ade mase tu.... nak blagak sangat... siap kasi tayang kat semue orang masuk gamba jadual dalam fb..... nah sekarang padanlah dengan muk kau tu....

Jadual aku mmg cantikk ... kelas cuma ade hari rabu dan khamis... rabu 2 kelas pagi petang, dan begitulah juga halnya dengn khamis..

So ape masalahnyeee?????

Maslahnye, bile da lame sgt dok umah otak jadi tepu, nk wat 8sgmnt or thesis, mmg tak r... dok guling2 atas katil ni aje la ha..  bile ade yg ajak kuar baru join... kalo x mase dihabiskan dgn berhibernasi entah sampai bile.... dah tu, time ad kelas plk, ha kn maen ssh plk tu nk bgn, da dpt pegi pagi, blk jap untuk sambung ptg.... bile ptg dgn panas n baru nk lelap.. kene g kelas blk...  kat kelas... bukan maen mulut aku ni ha la yg paling beso menguapnye..  time lecture dok bebel kat depan, aku asah bakat wat komik kat blkg... pastu kasi the gang baca, gelak2 la diorg.... adehhhhh

Kesimpulannye di sini..
Baru aku sedar yg aku lbh suka banyak kelas..
Baru ade rase yg diri nie seorang pelajar..
Harap baik2 saje la sem nie
Da la sem akhir...

Huwaaaaaaa

*nie la the gang

Tuesday 12 March 2013

~~

Maghrib dah datang
Bawa sama suasana petang pergi
Mereka yang bermain telah pulang
Masanya pula menghadap ilahi

Aku berbaring sakit
Sedari tadi rasa itu tidak mahu pergi
Akan ku kuatkan juga untuk bangkit
Untuk ke kafe mencari nasi

Rindunya aku pada kampung tika ini
Sebab mak selalu ada untuk aku
Aku tak biasa sakit sendiri
Biasanya kalau ada apa2 sebolehnya mak bantu

Harap malam cepat datang
Bawa sama rasa ini pergi
Tak sanggup aku tanggung sakit ini seorang
Owhhh tuhan bantulah hambamu ini

Monday 11 March 2013

Aku dan malam

Tidurlah duhai mata

Tenanglah wahai jiwa

Malam sudah memanggil subuh

Rehatkan dirimu itu


esok

Kau perlu berjaga semula

Melakukan segala urusan dunia

Yg nampaknya tak kan pernah habis

Selagi kau bernyawa


Biarkan

Biarkan semua rasa itu

Biarkan

Biarkan semua sejarah berlalu

Biarkan

Biarkan semua yg akan berlaku


Esok

Tatkala kau berjaga

Semua masih sama

Semua masih ada

Semua masih ditempatnya


Jadi apa yg kau khuatirkan

Tidurlah saja duhai mata

Tenanglah saja  wahai jiwa

Rehatkanlah dirimu itu


Esok pasti akn baik2 saja...

Selamat mlam Zurhidayah Tukimi.....

Sunday 10 March 2013

Sakit

3.52 am...

Esok aku ade janji dengan mereka

Tapi mata ku telah terbiasa... terbiasa tidur apabila subuh menjelang

Entah kenapa, aku akn rasa pelik kalau tidur awal. Tapi ini cuma terjadi di sini...

Owhhhh pernah satu ketika, aku tidur benar awal.... aku betul2 mengantuk, badanku kurang sihat, batuk menyerang, jadi bagi menstabilkan rasa kurang enak itu, aku telan ubat batuk... aku rasa kerna itu, kerna itulah kepalaku rasa sangat berat....  aku tertido, tidak seperti hari biasanya.

Tapi lebih kurang jam 11 aku terjaga. Untuk pertama kalinya aku rasa betul2 tidak larat.... namun aku gagahkan jua... sebab waktu aku tertidur td, seingat aku, isyak belum masuk.... kalau aku terus tidur tika itu, aku bmbang  aku akan terlepas isyak pula....

Dengan sedikit kudrat yg ada, aku mengangkat kaki satu persatu.. dunia bagai berputar ligat. Aku berhenti sekejap. Apabila agak stabil aku melangkah semula... rapat kedinding. Tidak mampu aku melangkah dengn sendiri....

namun aku kalah jua.... sesampai di hadapan bilik air, keadaan sekeliling semakin berputar... kepalaku bagai ada seguni beras.... kaki ku sudah tidak stabil. Jadi aku buat keputusan untuk duduk sebentar sementara menunggu semuanya berhenti berputar.

Namun aku masih tidak mampu untuk duduk sendiri. Jadi kali ini aku baring. Keadaan masih lg berputar, nafasku turun naik. Aku bagai tidak mampu menghirup oksigen yg ada dengan baik.... peluh membasahiku...

Lebih kurang dalam 10 minit begitulah keadaanku.... rasa yg sangat membuatkan aku bimbng... takut kalau2 sesuatu yg tdk terduga berlaku...  kak ekin keluar dari bilik. Aku mendengar. Cepat2 aku duduk. Aku tidak mahu dia nampak keadaanku begitu. Malas rasanya bila diajukan banyak soalan.

" dayah kenapa. Ok ke"

Dia bertanya mgkin sbb nmpk aku terduduk di satu tmpt yg nmpaknye sangat tidak logik untuk aku ddk bersantai...

" tak de ape ok je" jawabku cool

"Betul ke nie? Cakap betul2 kita bole pegi klinik" kak ekin tahu aku kurang sihat sebab aku si burung hantu tidur awal hari itu.

"Tak de pe lah" senyum2

Kemudian aku masuk ke bilik air.... ambil wuduk dan solat. Usai solat aku sambun pengsan... tapi kali nie ditempat yg lbh selesa.....

Ps : betapa kini aku sangat menghargai waktu sihat... terima kasih Ya rabbul Izzati ...

Thursday 7 March 2013

Konon lah

Perkara nie dah lama aku pikirkan. Cumanya aku masih ragu dengan diriku. Mampulah aku nanti, macam mana pandangan org lain nanti. Aku buntu.....

Jadi hari bertukar hari, minggu bertukar minggu dan semester bertukar semester.... akhirnya di sem 8 aku nekad....

Terima kasih buat kawan2 yg bagi sokongan...

Kawan aku pernah kata, kalau buat benda baik jgn pikir lama- lama, sbb kalo kt buat jahat kadang tak pula kita berfikir... ya aku setuju dgn hujahmu sahabat... terima kasih ya

Wednesday 6 March 2013

Aku

Malam sudah tua,
Tapi aku masih disitu
Bersama alat teknologi yg dipikirkan perlu
Betapa aku
Tidak menghargai waktu mlm ini
Waktu mlm yg diberi
Untuk manusia rehat
Stlh penat bekerja disiang hari

Kalau begitu
Malam bukanlah untukku
Kerna aku tdk bekerja
Aku tidak melakukan apa-apa
Cuma duduk berbaring  dengan teknologi yg ada
Mgkin aku manusia rugi
Habiskan waktu siang malamku begini

Tapi harus bagaimana?
Kerna aku tetap aku
Aku tak pasti
Aku mampu menjadi dia atau kau
Kerna aku fikir
Aku manusia tak berguna
Tidak punya apa dan tidak pula berusaha

Owhhh Tuhan
Aku malu padamu Tuhan
Betapa aku manusia hina
Menumpang di bumi mu yg sementara sifatnya

Tuhan
Jka kau izinkan
Berilah aku peluang
Peluang mencari diriku yang hilang

Tuhan
Jika kau izinkan
Bantulah aku mengenali diriku
Agar aku tahu aku mampu
Mampu mengubah takdir hidupku
Paling tidak mampu mnjadi berguna

Tuhan
Betapa aku sangat menyanjung kuasaMu
Betapa aku sangat kagum dengan zat Mu
Betapa aku sngat bangga dalam AgamaMu

Terima kasih Tuhan....
Kerna Kau izinkan aku menghirup udaraMu...
Aku akan mencariMu tuhan
Untuk aku tahu siapa aku,..............

Tuesday 5 March 2013

Kusut

Sem 8 bukanlah sesuatu yg indah seperti yg aku bygkn. Sebab ada banyak bende yg perlu dikejar. Tapi aku masih disitu, berbarng dan adakalanya duduk tanpa berbuat apa-apa.... aku buntu.... bagaimana caranya hendak menjadi seseorangbyg lbh baik. Aku tidak pernah berubahhh... tidak kira apa dugaan yg dtg pun aku ttp sama. Di waktu-waktu begini aku teringatkan mak. Dan hal ini hanya membuat hatiku jadi sayu... kalau ada mak, pasti akan terubat rasa hati ini. Betapa aku sgt sygkn mak.

Mugkin aku patut menulis semula...

Kali terakhir aku post dengan bersemangat waja addalah pada beberapa bulan lepas yg sudah lama aku tinggalkan.... masa yg cukup lama untuk aku lupakan tentang kehidupan berpraktikel... aku menulis pon cuma untuk meluahkan rasa harti yg tidak terkongsi.. tp entah kenapa, aku mula rindu hendaknmenulis lagi... berada jauh dari rumah menyebabkan aku rasa sunyi,sepi dan sendiri... rasa hati ini bagai tiada siapa yg peduli... berbeza di rumah, aku boleh rasa hepi tanpa berbuat apa-apa. Mungkin aku patut menulis lagi ^^
BTW, hari ini aku telah bazirkan baucer pmberian pm... sbb tu aku susah hati, dan aku kira dgn menulis di sini, rasa bersalahku dapat dikurangkan... haahhaha terima kasih pm. Aku abiskan baucer terakhir sbgi seorg pljr kpd sst yg sgtt tdk patut.. maaf ye ^^