Thursday, 14 March 2013

Cerita tipu

Ini cerita tipu
Cerita yg lahir dari imaginasiku...********************************************
Adam mengeluh berat. Marah benar dia pada Faizz. Bukan dia tidak ingatkan, sudah berkali-kali dia beritahu Faizz agar kejutkannya jika kelas tamat.
"Faizz sengaja nak dajalkan aku, kau tunggu la Faizz, aku balas kau nanti". Marah benar Adam kepada Faizz. Adam melangkah laju sedikit berlari. Dia mahu cepat sampai ke tempat menuggu bas. Harapannya agar ada orang disitu. Tidak kira siapa, pasti dia akan bersyukur.

Malam gelap tidak berlampu ini, takut juga Adam dibuatnya. Tidak pernah dia berjalan selewat ini berseorangan. Otaknya tidak berhenti-henti menyalahkan Faizz. Semasa di kelas tadi Adam terasa agak mrngantuk. Sehari ini jadual kuliahnya penuh sampai ke malam. Dia betul tidak larat malam ini. Adam bercadang hendak tidur saja dikelas undang-undang malam ini. Sudah dipesan kepada Faizz agar mengejutkannya apabila kelas tamat jika dia tidak sedarkan diri. Tapi apabila Adam celikkan mata tadi, kelas sudah gelap gelita. Tidak ada seorang manusia pun disitu. Adam meraba-raba poket seluarnya mencari talifon bimbit. Sekurangnya cahaya dari talifon itu dapat membantunya memandu arah. Namun, badi apa yang terkena pada Adam malam ini. Talifon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Ikotkan hati, mahu saja dilontarkannya talifon itu. Tapi otaknyavmasih lagi waras. Dengn susah payah akhirnya Adam jumpa pintu keluar.

Sesampai di tempat menunggu bas, alangkah gembiranya rasa hati Adam kerana terdapat bas disitu. Ternyata tuhan masih sayangkannya. Sempat dia mengerling ke arah jam tangannya. Tepat jam satu pagi. Fikirnya pasti mereka ada program di kampus, kerna itu mereka pulang lewat.

Adam memandang papan penanda bas. Tertera tulisan KZ-PINTU TIMUR. Adam berkali-kali mengucapkan syukur pada tuhan. Adam mula memanjat tangga-tangga bas. Dilihatnya pak cik bas yang berbaju hitam bertopi hanya menundukkan kepala. "Pak cik,  bas nie ke kz kan. Pakm cik bas hanya mendiamkan diri. Adam biarkan saja pak cik itu. Pasti dia sudah letih fikirnya. Dia lihat di dalam bas terdapat beberapa orang lagi. Mereka semua berbaju putih. Pelik .

Bas bergerak laju. Adam memandang keluar. Gelap. Adam tidak nampak dengan jelas keadaan diluar. Entah kenapa, lampu jalan tidak hidup hari ini. Mungkin semua orang seronok kenakn ku malm ini. Setan, bentaknya. Berbekal cahaya bulan, Adam benar pasti yang dia tidak kenal jln diluar. Adam mula risau. Di kiri dan kanannya cuma pokok. Semacam dia berada di hutan tebal. Dia mula rasa takut. Dikerlingnya penumpang yang berada di belakang. Alangkah terkejutnya Adam kerana mereka  semua memandang ke arah yang sama iaitu kearahnya........

Bersambungggg

No comments:

Post a Comment