Bayu memecut motornya laju. Dia tidak pasti kemana arah yang ingin dituju. Hatinya hancur. Kenapa susah benar abah dan mak nak faham jiwa mudanya. Dia bukan anak kecil lagi yang perlu dikongkong sepenuh masa. Dia mahu pergi ke KL bukanlah untuk berfoya-foya. Di ingin mencari pekerjaan untuk menampung kehendak remajanya yang banyak. Dia mahu beli telefon baru, baju baru, kasut baru, dan banyak lagi. kalau dia bekerja nanti, tidak perlu dia memujuk rayu emak lagi untuk belikan apa yang dia mahu. Kebetulan abang Razif ada menawarkan mereka kerja disana. Lagi pun bukan die pergi seorang, Hamdan dan Fauzi juga ikut bersama. Jadi apalah yang membuatlan mak dan abah tidak izinkan dia pergi. Sedangkan Hamdan dan Fauzi senang2 saja mendapatkan keizinan daripada ayah ibunya.
"Abah dengan mak memang tak peernah faham aku, sekurangnya cubalah faham, diorang memang tak sayangkan aku!"
Dalam situasi begini sukar bagi bayu untuk mengawal perasaannya. Waktu ini syaitan telah menguasai jiwa. Fikiran warasnya dibung begitu sahaja. Betapa syaitan sedang bersorak ketika itu kerna berjaya menguasai dirinya tanpa bayu sedari.
Bayu memulas motornya laju. Semkin difikir, semakin sakit hatinya.
"Kalau aku mati, mesti mak dengan abah suka"
GEDEGANGGGGGG!!!!!!!!!!
Bayu tidak pasti apa yang berlaku. Sekejap pandangannya gelap. Dia tidak dapat mendengar apa2. Dia sukar untuk bernafas. Dalam beberapa minit kemudian, bayu membuka mata, dia terbaring di semak jauh dari motornya. Dia dapat rasakan kesakitan yang tidak seberapa di kaki dan kepalanya. Mujur saja dalam kemarahannya tadi dia masih sempat mencapai helmet. Dia cuba bangun. Agak sukar baginya untuk bergerak. Namun Bayu bukan anak yang cepat mengalah. Dia gagahkan juga dirinya. Dengan kudrat yang masih berbaki dia berjaya bangkit. Di kejauhan, dia dapat melihat orang ramai mula mengerumuni motornya. Ternyata dia telah berlanggar dengan lori pasir. Melihat keadaan motornya dari jauh, agak teruk juga keadaannya.
"Sudahlah, mana pulak aku nak cari duit nak baiki motor nie. " bisiknya.
Tiba2, seorang pemuda menghampirinya.
"saya tak apa2 bang, saya ok" bayu cuba untuk menegur.
pemuda tadi menoleh kebelakang. mukanya jeles menampakkan kebimbangan. Dengan suara yang agak menjerit pemuda tadi memanggil orang lain
" kat sini, kat sini, aku jumpa budak nie kat sini".
orang ramai menuju ke arah mereka. Bayu tidak tahu hendak buat apa, dia hanya tersenyum2 kearah mereka.
Apa yang pelik, mereka langsung tidak mempedulikan Bayu. mereka terus menuju kehadapan melintasi Bayu. Bayu kehairanan seraya menoleh kebelakang. dari situ, dengan jelas dia nampak seseorang sedang terbaring kaku tertiarap tidak bergerak. Tubuhnya dilumuri darah pekat. Tidak semena-mena, bau hanyir menusuk hidung. orang ramai cuba untuk menterbalikkan orang itu. Dengan bantuan 3 orang pemuda gagah, pemuda yang tertiarap itu berjaya diterbalikkan. Maka dengan jelas Bayu dapat melihat wajah orang itu, Bayu sangat2 mengenali wajah itu. Bayu terkejut. Dia menjerit namun suaranya tidak keluar. Dia mahu berlari tapi tidak tahu hendak kemana. Dengan langkah yang berat dan dengan keberanian yang dikumpul, Bayu menghampiri pemuda yang terbaring itu. Walaupun tubuhnya dilumuri darah, tapi Bayu masih dapat mengecam wajah itu.....
Wajah yang mustahil dia tidak kenal kerana wajah itu adalahWAJAHNYA... pemuda yang terbaring itu adalah DIRINYA.....
bersambungggg..........................
No comments:
Post a Comment