Maghrib dah datang
Bawa sama suasana petang pergi
Mereka yang bermain telah pulang
Masanya pula menghadap ilahi
Aku berbaring sakit
Sedari tadi rasa itu tidak mahu pergi
Akan ku kuatkan juga untuk bangkit
Untuk ke kafe mencari nasi
Rindunya aku pada kampung tika ini
Sebab mak selalu ada untuk aku
Aku tak biasa sakit sendiri
Biasanya kalau ada apa2 sebolehnya mak bantu
Harap malam cepat datang
Bawa sama rasa ini pergi
Tak sanggup aku tanggung sakit ini seorang
Owhhh tuhan bantulah hambamu ini
No comments:
Post a Comment