Sunday, 23 September 2012

Apakah Akhirnya? Gembira atau Berduka?

Hidupnya di bumi Kuantan berbaki lagi sebulan. Dari hari ke hari, setiap detik dia akan menghitung pergerakan masa yang sememangnya tidak akan pernah berhenti. Kalau boleh, mahu saja dia putarkan jarum jam itu agar bergerak dengan lebih laju. Tapi dia bukan super power yang punya kuasa mengawal masa, dan dia sedar yang dia hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa. Ah hidup dialam realiti memang bosan fikirnya.

Jam menunjukkan pukul 12pm. Kerja-kerja yang harus dihantar esok baru saja disiapkan. Ini lah masalahnya jika suka menangguh kerja, akibatnya dia terpaksa menghabiskan sehari suntuk menghadap buku tebal berwarna oren. Dia rasa buku itu seperti menghantuinya, kerana dia tidak pernah tenang jika terfikirkan buku itu. Buku itu menyebabkannya berasa takut, runsing dan bengang. Kalau diikutkan hati, mahu saja dibakarnya buku itu, biar hilang lenyap saja dari muka bumi ini. Namun apakan daya, masa depannya bergantung penuh pada sang buku. Ah, hidup ini memang kejam! Nasib saja kelasnya besok pada tengah hari, jadi dia punya sedikit masa diwaktu pagi untuk study. Malam yang berbaki akan digunakannya untuk menaip di blog ini........

Sebenarnya dia rungsingkan banyak perkara. Apa dan kenapa biarlah rahsia. Dia pemdam rasa itu sendiri, tidak mahu dikongsi. Mungkin dia tidak jumpa insan setia yang boleh dikongsi cerita. Paling tidak, biasanya dia akan bercerita kepada emak tercinta tentang rasa gundah gulana yang datang menyerang. Tapi, dia fikir, emak  tidak perlu tahu semua, cukup sekadar intro apa yang dia rasa. Pada emak, dia harapkan doa yang tulus ikhlas. Banyak kali dia dengar yang doa ibu itu doa yang paling berkesan. Oleh itu tanpa segan silu, boleh dikatakan tiap-tiap hari dia talipon emak, minta doa yang banyak.

Sebulan itu pada zaman kanak-kanaknya adalah masa yang sangat lama, tapi itu dulu. Dan sekarang sebulan adalah masa yang sangat singkat. Sempatkah dia menyiapkan semua tugasan sebelum dia habiskan masa empat bulan yang indah di kampung halaman. Oh Tuhan, tolonglah hambamu ini dalam memudahkan semua perkara. Sesungguhnya Tuhan, tiada kuasa seagong kuasaMU, maka bantulah aku, manusia yang lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan.

Bagaimana agaknya akahirnya nanti bila sebulan sudah tamat tempohnya. Adakah jiwa yang memberontak untuk pulang akan jadi dukacita kerana perasaan sedih menerjah. Ah, perlukah dia berasa sedih.... Mungkin saja jawapannya ya. Kerana apa? Kerana banyak perkara
1. Entah bila lagi dia akan menjejakkan kaki di bumi KUANTAN
2. Owhhh, warga Teknik sangat baik
3. Banyak betul pengalaman pahit manis kat sini
4. Anak-anak didik yang disayangi, entah bila lagi boleh berjumpa lagi
5. Cikgu2 yang best dan sporting. dia suke mereka. walaupun dia tidak dikenali.... ^^












Owhhh sebulan, cepatlah sampai, bawa sama rasa ini pergi jauhhhhh.........



1 comment:

  1. mcm mn/mesti merindui semuanya kan...tahniah2...habis jgk...

    ReplyDelete