1 september 2012
Menghabiskan
hujung minggu dengan berada di asrama adalah satu langkah yang kurang bijak.
Akibatnya mereka dilanda rasa murung yang tidak terkawal. Rasa murung akan
menyebabkan si otak menggerakkan tubuh tanpa berfikir dengan wajarnya. Pasti
akan ada hati yang terluka......
Tugas
sebagai pembantu warden di sekolah yang dia duduki itu tidaklah seteruk mana.
Cumanya program 5S nampaknya seperti si raja mahu menggerakkan semua
anggotanya. Dia kira, meniru budaya orang itu bukanlah satu langkah yang
bijak, malah ia akan menjadi suatu yang menyusahkan dan menekankan.
Petang
itu, mereka turun ke bilik warden untuk menyiapkan huruf-huruf yang masih belum
disentuh. Huruf-huruf apa? Oh ya, terlupa mahu cerita. Sebenarnya, mereka
bertiga telah diarahkan untuk menyiapkan satu kata-kata menarik setiap seorang
untuk dihiasi di bilik Tv aspura. Dia tidak mempunyai masalah dengan perkara
itu, dan dia sebenarnya senang kerana dapat membantu. Dia telah memikirkan satu
perkataan. Perkataan yang sebenarnya dijumpai di dalam phone, " IF
YOU NEVER TRY, YOU WILL NEVER KNOW". Dia rasakan yang kata-kata itu amat
sesuai dengan dirinya.
Beberapa
minit di bilik warden seorang dari mereka bersuara, "lapo lah"
"KFC jom"
"JOM"
Dia tahu yang mereka memang lapar, mana tidaknya sudah seharian mereka tidak makan. Tekak pula asyik mengidam yang tidak-tidak, KFC, PIZZA.. mujur saja tidak di idamnya daging unta, kalau tidak mahu dicari dimana lah agaknya... haha...
"KFC jom"
"JOM"
Dia tahu yang mereka memang lapar, mana tidaknya sudah seharian mereka tidak makan. Tekak pula asyik mengidam yang tidak-tidak, KFC, PIZZA.. mujur saja tidak di idamnya daging unta, kalau tidak mahu dicari dimana lah agaknya... haha...
Dengan itu, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke KFC mencari makanan. Kemudian dia pergi ke atas untuk mengambil kunci dan helmet. Kawannya F tinggal sahaja di bilik warden kerana mereka tidak mempunyai kenderaan yang cukup untuk pergi bersama. Dia hanya mempunyai sebuah motor yang berjasa menghubungkannya dengan dunia luar. Pada waktu itu, seharusnya dia berasa bersalah kerana meninggalkan sahabatnya F berseorangan.... Jahatnya dia pada waktu itu adalah kerana dia tidak rasakan apa-apa....
Tujuan utamanya ke KFC bukanlah hanya untuk membeli makanan bagi mengalas perut yang lapar. Dia sedar dan pastinya mereka juga sedar yang dia ke sana adalah dengan satu niat yang lain. Niat apa?Pergi ke sana dengan membawa bersama si Konan cukup menjelaskan mengapa dia begitu beriya hendak keluar. Sudah seminggu dia memiliki si konan dan sudah seminggu jugalah si konan berada di rumah tanpa keluar. Jadi peluang ini tidak akan dia sia-siakan untuk membawa si konan berjalan. Dia ingin berkenalan dengan si konan dengan lebih dekat, dan itu agenda utama pergi ke KFC yang terletak di TC (Teluk Cempedak).
Motor dipandu dengan laju oleh kawannya B. Dalam perjalanan mereka tersedar yang minyak motor sudah nampak hampir dengan huruf E. "sempat ke nie B" dia bersuara. "tak kot, kita isi minyak motor dulu lah" B membalas. Dengan itu, mereka menukar arah ke stesen minyak berhampiran.
Di stesen minyak, kawannya B ternampak seseorang yang dikenali. Ah dia juga kenal mamat tu, kawan kelasnya di Universiti. Mereka bertegur sapa acuh tak acuh. Tiba-tiba dengan cool kawannya B berkata, "Z ko bawak motor ae"
Dia tahu kenapa kawannya memintanya untuk membawa motor. Dia juga tidak kisah dengan hal tersebut kerana dia juga merasakan sesuatu yang sama. rasa apa? Rasa malu tak terhingga apabila seorang yang lebih kecil membawa seseorang yang lebih besar dengan menunggang motosikal ! Dia tidak kisah jika tiada siapa yang mengenali, tapi kini mereka berada di situasi yang berbeza...
Motor dipandu laju. Ketidakcekapannya memandu memaksa si kawan B terpaksa memberi arahan pada setiap peraturan jalan. Setibanya di TC mereka terus menyimpan helmet di tempat yang sepatutnya. Mereka tahu helmet itu tidak selamat ditinggalkan disitu kerana pelana tempat duduk motornya sudah tertanggal. Tapi mereka nekad untuk membiarkannya sahaja disitu. Tanpa sedar, sebenarnya mereka telah terlupa sesuatu...Mereka berjalan menuju ke pantai. Sebelum itu, mereka telah membuat perkiraan untuk pergi kepantai dahulu sebelum pergi ke KFC. Si konan digendong bangga. kebanyakan langkah yang dibuat akan terhenti untuk dicubanya si Konan.
Duduk di tepi pantai amat mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut sehingga ada kalanya ia merosakkan struktur tudung yang tajam dibentuk. Gelagat manusia yang mencari sebuah ketenangan menceriakan lagi suasana. Mereka bermain dengan si konan seperti seorang pro lagaknya. Setelah lebih kurang satu jam berlalu, mereka mengambil keputusan untuk pulang. Tidak dapat dinafikan, mereka sebenarnya kasihan juga meninggalkan Kawannya F bersendirian disana. Kadang kala timbul juga persoalan, "Jahatkah Kita" dan pastinya jawapannya adalah "YA! KORANG TAK PATUT BUAT MACAM TU"
Kini mereka bergerak menuju ke KFC. Ah jalan mana yang harus diikut, mereka kurang arif dengan jalan disitu. Dalam perjalanan kawannya B bertanya, "Z Kunci pada kau kan"
sambil meraba-raba dia berkata " Tak de B, pada kau kan" B mula gelisah, "jangan main-main lah pada kau kan" " siyes nie tak de" dia membalas.. Mereka kini berada di situasi dimana masing-masing menganggap masing-masing sedang bergurau, dan sesungguhnya masing-masing sedang bercakap benar. Dalam situasi itu, mereka saling menyalahkan.
sambil meraba-raba dia berkata " Tak de B, pada kau kan" B mula gelisah, "jangan main-main lah pada kau kan" " siyes nie tak de" dia membalas.. Mereka kini berada di situasi dimana masing-masing menganggap masing-masing sedang bergurau, dan sesungguhnya masing-masing sedang bercakap benar. Dalam situasi itu, mereka saling menyalahkan.
Dengan rasa resah gelisah mereka menuju ke arah motor. Di benaknya kini mula memikirkan sesuatu yang menakutkan. Bagaimana jika motor itu tiada? Jalan kakikah Kita nanti? ah itu tidak mengapa, tapi bagaimana hendak berhadapan dengan emak, abah dan abangnya? owhhh tuhannn tolonglah aku....
sepanjang perjalanan tidak henti-henti dia memohon kepada tuhan...
Hatinya agak lega tatkala dari jauh dia dapat melihat motornya masih berdiri kaku disitu. Dengan segera mereka mendapatkannya. dia terus pergi ke belakang motor untuk mendapatkan kunci. Ah sudah! tak ada, mana perginya, dia melihat kedepan, alamak! tidak ada juga... dia meraba-raba poket, juga tidak ada... "B mana kunci nie tak ada pon" Difikirannya sekarang memikirkan banyak perkara.
1. Orang jahat sengaja mengambil kunci dan akan mencuri motornya pada sebelah malam.
2. Akan datang seorang pemuda kacak memulangkan kuncinya sambil berkata " tadi saya nampak kunci nie kat motor, tu yang saya simpankan.
3. Bagaimana dia hendak menelefon abangnya untuk membantu menggerakkan motor itu tanpa kunci sebelum dimarah.
Jiwanya kini tidak tenang. mulut tidak henti-henti menyebut nama Allah. Dia sedar pada waktu itu, tiada kuasa yang dapat membantunya melainkan kuasa Yang Maha Mencipta. Dia mengambil keputusan untuk pergi semula ke pantai untuk mencari semula kuncinya takut-takut jika tercicir dimana-mana. Bergerak sedikit kedepan, dan entah bagaimana si tangan bertindak untuk membelek helmet kawannya B. Eh apa tu. Ya KUNCIIIII!!! ALHAMDULILLAH.... ALLAH SEMEMANGNYA MAHA BERKUASA....
Mereka sedar yang kunci itu tidak mungkin menyorokkan dirinya sendiri disitu. Agaknya siapakah hero yang telah menyimpankan kuncinya disitu. Jika dia berjumpa heronya itu, akan diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
Mereka sedar yang kunci itu tidak mungkin menyorokkan dirinya sendiri disitu. Agaknya siapakah hero yang telah menyimpankan kuncinya disitu. Jika dia berjumpa heronya itu, akan diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.
Mereka bergerak ke KFC. Kali ini mereka tidak banyak bercakap. Peristiwa tadi sebolehnya cuba dilupakan. Dia merasakan suatu perkara. Mungkin kejadian ini adalah balasan kepadanya. Balasan kerana meninggalkan sahabatnya F bersendirian disana. Dia tidak patut buat begitu. Bayangkan saja jika dia berada di tempat F, pasti dia tidak akan sanggup. Ya Tuhan, Maafkan Hambamu ini yang sering saja lalai dan leka.
kepada F, Jika anda membaca...
kepada F, Jika anda membaca...
MAAFKAN KAMI JIKA KADANGKALA KAMI BERTINDAK TANPA BERFIKIR,
MAAFKAN KAMI JIKA KADANGKALA KAMI MEMBUAT KAU TERLUKA,
HARAP AWAK TAHU F YANG KAMI TIDAKLAH SEMPURNA,
TAPI AKAN KAMI BELAJAR UNTUK MENGENALI DIRIMU DENGAN LEBIH DEKAT LAGI....
DI LAIN HARI, SAYA AKAN BAWAK AWAK JALAN-JALAN YER ^^...
TERIMA KASIH SEBAB JADI KAWAN YANG BAIK DISINI,
KAMI TAK AKAN LUPAKAN AWAK F.... AWAK DAH TERMASUK DALAM BUKU SEJARAH HIDUP KAMI... KAMI SAYANGKAN AWAK ~~
*Antara gambar yang kami sempat ambil di Tc dengan menggunakan si konan. ^^
KAMI TAK AKAN LUPAKAN AWAK F.... AWAK DAH TERMASUK DALAM BUKU SEJARAH HIDUP KAMI... KAMI SAYANGKAN AWAK ~~
*Antara gambar yang kami sempat ambil di Tc dengan menggunakan si konan. ^^
camera baru yer...camera idaman eh...
ReplyDeletekemera baru tu betul, tapi bukan kemera idaman, saye x mampu lagi nak beli kamera idaman... huhuhu
ReplyDelete