Wednesday, 29 May 2013

Selamat Pengantin Baru Adi

Aku ada seorang kawan...

Aku dan dia baik dulu.. waktu di darjah tiga kami betul baik.. aku, dia,  Mazwan dan Zana...

Waktu rehat aku dan Zana makan cepat2. ..  sebab nanti kami akan main kejar2... mazwan dan adi akan cari kami...

kami sekelas rajin main biji saga, tangkap2 polis n three (aku tak tahu nama betul dia), main getah dan banyak lagi...

Dia budak pandai.. aku selalu kagum dengar cerita2 dia... penah dia cerita pasal kerete abg dia yg potong spring kasi laju ( sumpah aku tak paham ape masa dia cerita),  dia cerita pasal kasut anak saudara dia yang letak besi kat tapak... (semua mase darjah dua.. aku ingat sebab aku betul kagum yg aku x paham ape dia cerita... rase macam dia terlalu hebat cerita benda yg aku tak tau)

darjah tiga berlalu... naik darjah empat kami dah tak baik macam dulu... aku ada gang perempuan dan dia dengan kawan2 dia... tapi perkara nie tak bermaksud kami tak kawan.. kami kawan.. ermm macam tu la...

aku rasa dulu dia nakal.. ada aje benda dia buat yg menyebabkan aku kami sakit hati...

pernah sekali di sekolah agama aku dan zana kena kejar dengan dia.. lepastu dia sembur aku dengan makanan dalam mulut dia... kena kain aku... nak nanges rasa..

Dia budak pandai... abes sekolah rendah dia sambung dekat asrama Felda Semai Bakti.. abis tingkatan tiga dia sambung sekolah Sains dekat Muar... lepas tu dia sambung dekat UTM...

jauh kami terpisah... aku da tak kenal sangat dgn dia...

pernah dulu waktu result PMR keluar aku call no rumah dia.. kami bercerita pendek.. dia cerita pengalaman dia kat asrama.. bole tahan nakalnya..

aku dapat tahu yg emak dia dah tidak ada... kemudian tak berapa lama lepas tu ayah dia pula ikut jejak yang sama... (waktu tu di zaman Universiti dia seingat aku)

aku tak tahu.. tapi aku rasa dia da banyak berubah... dia da tak nakal lagi... serasa aku,  dia cukup baik untuk semua...

setiap kali raya, dia akan join budak2 lelaki beraya... maka singgahlah dia kat rumah aku... ya dia cool.. senyum aje... x banyak cakap...

waktu aku beraya kat rumah dia pulak... rumah itu terasa sunyinya.. mungkin sesunyi jiwanya... aku tak tahu... tapi masa kami datang dekat rumah tu cuma ada dia yang baru balik dari rumah kakak dia...

masa terus berlalu... dia da habis belajar...

suatu hari dekat FB aku, dia ade tag something... yang buat aku betul teruja...

Dia akan berkahwin... kawan aku Adi akan berkahwin.. aku betul nak datang tengok kau kawen di...

tapi aku tak boleh... abang aku juga akan berkahwin kat Selangor... karang derhaka pulak aku tinggalkan keluarga untuk pergi jemputan kawan...

Betapa aku gembira atas perkahwinan kau Adi... moga nanti kau mampu jadi suami yang baik.. ya aku percaya kau boleh... Aku rasa isteri kau orang bertuah... dapat kau yang tabahh... moga bahagia Adi... moga perkahwinan itu dapat isi rasa kosong hidupmu... kalau gembira itu bisa nampak... pasti kau tak akan percaya betapa aku gembira untuk kau Adi...


*bawah nie gambar Adi kawin, aku curi dari FB dia.... lagi satu gambar masa aku dan kawan2 pergi beraya kat rumah dia (dia yang pakai baju hitam kat belakang tu)



Tahniahhh ^^


No comments:

Post a Comment